Friday, January 17, 2020
Trip Insentif Tone Wow 2019 - Guang Zhou China
Part 1 (Hari pertama 10 Jan 2020)
Seramai hampir 300 orang HQ Tonewow ahli-ahli yang aktif dapat pergi kali ni. Oleh kerana terlalu ramai, HQ bahagikan kepada 2 kumpulan. Group A bertolak pergi dulu Dan Group B bertolak keesokan harinya.
Saya dan ayah saya dapat group A. Alhamdulilah syukur dapat satu kumpulan dengan ayah. Group A dipecahkan kepada 4 kumpulan. Saya dan ayah saya satu kumpulan kecik A2 yang ahlinya seramai 30 orang. Perempuan lebih kurang dalam 7 orang je.. sikit kan 😅
Pada 10 Jan 2020, Pagi pukul 6.30 pagi berkumpul di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Kami diberi tag untuk beg bagasi, buku panduan travel Guangzhou, duit poket rm300, dan juga kompas.
Dalam kapal terbang yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari klia1 ke Guangzhou Baiyun International Airport kami diberi makan oleh pramugari MAS. Alhamdulilah first time merasa makanan berat di dalam kapal terbang. Mula2 pramugari Hanya bagi air kosong Dan kacang je. Untuk hidangan seterusnya boleh pilih sama ada jus oren atau jus apple. Lepas tu so saya pilih mi goreng Dan ayah saya pilih nasi lemak. Macam sedap pulak nasi lemaknya..macam menyesal pilih mi goreng tadi. Haha. Lepas tu beberapa potong buah2an, roti dan ala2 marjerin atau planta. Lepas tu kami diberi aiskrim kecil dalam 3-4 potong.. Sepanjang di dalam kapal terbang banyak tido la sebab x berapa minat nak tengok cerita dalam kapal terbang. Lepas tu first time dalam hidup pergi ke tandas dalam kapal terbang. Sebelum ni pernah naik kapal terbang yang sekejap2 je perjalanan..Ayah saya pun suruh pergi try la tengok tandas kapal terbang macam mana pergi basuh muka ke. Hehe. Saya pun pergi la tandas tu..mula2 takut jugak sebab tak biasa kan. Pastu dah ok. Cantik jugak tandas kapal terbang MAS. Haha. Cuma tempatnya terhad sikit 😅
Dalam 1.35 petang dah sampai di airport Baiyun Guangzhou, China. Keluar kapal terbang kami diminta duduk dalam kumpulan kecik masing2 dan diminta sign dan cek betul-betul nombor passport untuk arrival card. Lepas tu kami diminta scan 10 jari di mesin yg terdapat di situ. Dalam 5-6 mesin kot lebih kurang. Semua berjaya lepas scan 10 jari group A yang sekali kapal terbang dengan kitorang. Kecuali 2 orang iaitu saya dan sorang lagi kakak ni. 😓 Rasa cemas jugak sebab jari kitorang tak lepas bila scan. Lepas tu kitorang terus ke bahagian imigresen. Beratur punya beratur, panjang jugak la barisannya akhirnya saya dan kakak tu alhamdulillah lepas dekat bahagian imigresen. Alhamdulilah sangat lega takde apa2 yang perlu dirisaukan dah. Hehe 😅 cuak je lebih sebab kitorang berdua je tak lepas bahagian scan jari di mesin yang disediakan mula-mula tadi. Lepas je bahagian imigresen kitorang terus amik beg di bahagian tuntutan bagasi dan terus bersuai kenal dengan pemandu pelancong tempatan yang bernama Conan. Bukan Detektif Conan ya. Hehe 😅
Kumpulan kecik kami A2 dibawa menuju ke bas untuk destinasi seterusnya pada jam 3 petang. Cuaca pada masa tu tak la sejuk sangat. Macam dekat Malaysia je suhu di sana walaupun di China masa tu musim winter tapi dah nak habis. Dalam bas , tone wow buat kejutan ada dapat beg galas untuk letak barang-barang. Kat dalam tu ada makanan sandwich, air oren dan buah epal sebiji dan 1 botol air mineral. Sambil2 tu Conan bercerita tempat yang kami bakal lawati nanti. Tapi Conan tak cerita banyak sebab mikrofon rosak so katanya esok baru nak cakap banyak. 😂
Seterusnya kami solat di masjid Huai Sheng pada pukul 4 petang. Selesai solat, di luar masjid kami amik gambar beberapa keping untuk dijadikan kenangan. Destinasi seterusnya ialah lawatan ke Dr Sun Yat Sen Memorial Hall lebih kurang pukul 5 petang sampai. Jam 5.30 petang lawatan kami diteruskan ke Five Ram Statue di Yue Xiu Park. Kami terpaksa ambil gambar cepat2 sebab di Guangzhou pukul 6 atau lebih sikit dah gelap dah. So, tak berapa nampak pemandangan bunga-bunga tadi.
Kami dibawa ke restoran halal iaitu Abdullah Restaurant pada jam 6.30 petang.
Alhamdulilah makanannya sedap jugak macam-macam boleh makan. Time tengah makan boleh pulak sudu terjatuh. Lepas tu kitorang try mintak dengan pekerja kedai makan tu *spoon* Siap2 gaya suap2 lagi saya tunjuk...lepas tu dorang tak faham rupanya. Haha 😅 Aduh..
Balik ke bas semula kami diberi kunci bilik hotel pada jam 7.30 malam. Kami duduk di Hotel Landmark Canton untuk berehat pada sebelah malamnya. Saya pun tengok semula barang apa yang tone wow bagi masa kat KLIA tadi. Tone wow bagi beg travel untuk letak barang, baju t-shirt putih tone wow sehelai untuk dipakai pada hari kedua. Lepas rehat sekejap dalam bilik kami pun ke luar jalan-jalan ambil angin malam. Depan hotel kami berhadapan dengan cruise yang bakal kami naik pada esok hari. Dalam pukul 10.30 malam kami pun naik ke bilik semula.
Boleh baca sambungan di sini nanti ya 🤗
Subscribe to:
Posts (Atom)